Siapnya Pembinaan PPJ

 Pasar pantai jerudong telah siap sepenuhnya pada tiga suku tahun terakhir 2002 dan mula dapat digunakan pada sekitar bulan november 2002. Rancangan projek ini dikelolakan pada mulanya dibawah Kementerian Kewangan sebelum diambil alih oleh Jabatan Daerah Brunei dan Muara. Terdiri daripada sebanyak 7 blok penuh (A~G) dan satu separa blok (H) dan satu blok khas untuk ofis, tandas dan surau. 


Pada ketika itu, sewa bagi petak jualan ikan bangku A1 hingga A10 adalah sebanyak $150, sementara bangku lainnya sebanyak $50. Dan bagi bangku sayur dan buah-buahan adalah sebanyak $30.


 Bentuk PPJ pada ketika itu hanya sebatas blok biasa sahaja sebelum pihak berwajib menambah atap melengkung (arched roof) pada setiap blok hingga menggabungkan kesemua blok kecuali blok ofis, tandas dan surau. Tambahan ini dilaksanakan dari desakan aduan para penyewa bangku-bangku kerana pancaran matahari dan air hujan yang mengenai barang jualan mereka. Sementara untuk blok A1-A10 telah dipasang slat aluminium tetapi sayangnya ianya hanya mampu mengurangi dari sinaran terus matahari pada waktu siang hinggalah matahari agak condong ke barat dan tidak untuk hujan yang masih tembus melalui celah slat yang memaksa para penyewa terpaksa memasang canvas atas slat tersebut. 


 Pada waktu itu juga belum ada lagi disediakan bangku untuk jualan makanan dan daging sehinggalah selepas perambil-alihan JDBM baharulah adanya bangku khusus untuk makanan. Sementara bagi bangku daging masih tiada disediakan atas sebab-sebab faktor kesihatan yang kurang sesuai memandangkan PPJ dibina berdekatan dengan pantai. Masalah angin kencang dan ribut adalah faktor utama kepada ketiadaan bangku khusus daging. 



Ulasan